SIRI 1

BENARKAH UMNO ITU KAFIR?

tokmisai_2000@yahoo.com

(Nota: Artikel ini disiarkan sebagai panduan kita mengenal sifat-sifat manusia yang durhaka kepada Allah. Pendirian kita hanya Allah yang layak menghukum seseorang itu kafir dan sebagainya kerana Allah sebaik-baik Penghukum. Bagaimanapun tidak bertentangan sekiranya kita memperbahaskan ciri-ciri orang yang ingkar ini berdasarkan nas dari kedua sumber Al-Quran dan Hadis serta memperbandingkan dengan kehidupan semasa. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk-Nya dan jika kita telah tersasar dari 'jalan yang lurus', hendaknya bertaubat serta kembalah ke pangkal jalan. Wallahua'lam - webmaster)

10/4/00

Bismillah hirrohman nirrohim………..

Syeikh Tuk Janggut Al-Hotmail,

Terima kasih saya ucapkan kerana membalas pertanyaan2 saya. Dari beribu-ribu jumlah perkataan yang ditulis dalam jawapan saudara, saya dapati bahawa kenyataan yang relevan untuk saya gunakan dalam membalas hujah2 saudara hanyalah terkandung dalam Bahagian Ketiga rencana tersebut. Di situ saudara akhirnya telah berjaya memberi jawapan kepada soalan2 khusus yang saya tanyakan tempoh hari mengenai apakah pendirian saudara tentang hukum ke atas orang2 yang menentang, menghina dan memperlekehkan ayat2 Allah dan sunnah2 RasulNya. Di bawah ini saya salin semula jawapan2 saudara terhadap pertanyaan saya yang khusus itu bagi memudahkan pembaca2 lain membacanya jika tidak berpeluang membaca tulisan saudara sebelum ini :

1. “Tentang orang yang menolak mana2 hukum dengan niat yang ianya karut serta tidak boleh digunakan langsung dan menafikan bahawa inilah yang dikehendaki oleh Allah, maka orang ini telah terkeluar dari lengkongan Islam dan ia telah kafir.”

2. “Orang yang menolak hukum hudud dengan memperli dan menjadikannya bahan ketawa, maka jika orang ini tidak bertaubat, dia telah menempah tempatnya dalam neraka kekal selama-lamanya.”

Puas saya mencari–cari jawapan ini sejak mula saya membaca tulisan saudara, dan saya betul2 rasa bersyukur dan gembira apabila akhirnya saya temuinya juga pada dua perenggan2 kecil yang terletak dihujung penulisan saudara yang panjang itu. Alhamdulillah.

Wahai Tuk Janggut Al-Hotmail yang Bijaksana! Sedarlah bahawa inilah isu sebenar yang menjadi fokus utama mesej saya selama hampir sebulan saya bertandang di FGR. Naik berbuih mulut saya dan “cramp” jari-jemari saya menaip keyboard computer untuk mengingatkan semua orang supaya memelihara iman mereka masing2 dengan sebaik mungkin kerana jika tersilap gaya mengeluarkan kata2 ataupun beriktiqad di dalam hati, seseorang itu boleh terhukum sebagai kafir.

Ini adalah kerana sesiapa yang mengeluarkan kata2 atau pun mengambil pendirian yang menyalahi dengan ketetapan Allah atas dasar IKTIQAD (meyakini) seperti menyoal, menentang serta mempersenda-sendakan ketetapan hukum-hakam Allah dan menyatakan kononnya hukum-hakam Allah adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan di zaman sekarang atau pun pada bila2 masa pun kerana berpendapat bahawa terdapat sistem2 atau undang2 lain yang lebih baik atau sesuai untuk dilaksanakan sebagai gantinya, maka orang ini telah melakukan dosa syirik (yakni Syirik Hakimiyah). Hukum kafir juga disabitkan ke atasnya dan jika ia mati dalam keadaan begini sebelum sempat bertaubat, maka matinya adalah dalam murtad (yakni terkeluar dari Islam).

Ketahuilah jika sesiapa melakukan dosa ini, segala amalan2 yang telah dilakukan olehnya semasa hidup di dunia akan terbatal dengan secara automatiknya dan tidak akan dinilai dan dihitung oleh Allah walaupun jika dia bersembahyang 50 kali sehari, berpuasa 6 bulan dalam setahun, berzakat hingga habis harta2nya semua dan pergi menunaikan haji setiap tahun. Balasan dari Allah bagi orang yang melakukan dosa ini ialah azab neraka yang kekal. Merengkoklah hamba ini di dalam neraka selama-lamanya tanpa mendapat keampunan dari Allah. Inilah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan disepakati oleh semua para ulamak sekalian tanpa apa2 khilaf. Titik. Full stop. Noktah. Tidak ada tapi-tapi lagi mengenai hukum ini.Na u’zubillah hi minzalik.

[An-Nisaa (4) : 48]
“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik. Dia akan mengampuni segala dosa yang selain dari syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah membuat dosa yang besar.”

[Al-Baqarah (2) : 217]
“…….Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia segala amalannya di dunia dan diakhirat. Mereka itulah penghuni neraka yang akan kekal di dalamnya.”

Tapi pelik saya fikirkan kenapa saudara gagal melihat point ini selama ini dan sebaliknya buat kecoh tak tentu pasal memeningkan kepala sendiri dan orang lain. Saya tak faham kenapa saudara menyerang kebenaran yang cuba saya peringatkan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana melalui kenyataan2 terbaru saudara seperti yang saya salin di atas tadi, saudara telah melahirkan persetujuan terhadap apa yang saya cuba katakan selama ini. Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, saya percaya bahawa satu titik pertemuan di antara kita berdua kini boleh dicapai, Insya-Allah.

Walaupun saudara bersetuju tentang hukum ini, namun apa yang masih menjadi pertikaian di antara kita berdua sekarang ialah apabila saudara menyatakan bahawa adalah salah bagi saya menghukum orang2 Umno itu kafir kerana saudara mempertahankan bahawa orang2 Umno itu adalah dari kalangan orang2 yang beragama Islam. Dengan mengambil pendirian begini, saudara seolah-olahnya cuba menyatakan bahawa ahli2 Umno adalah kebal dari melakukan dosa syirik ini. Dalam mempertahankan pendirian saudara mengenai hal ini, dalil2 yang saudara kemukakan adalah seperti berikut :

1. Hadis Nabi SAW dari Anas r.a. yang berbunyi :
“Akan dikeluarkan dari neraka orang2 yang menyebut kalimah syahadah “La ila ha illallah” apabila dalam hati mereka terdapat kebaikan (iman) seberat sya’irah, seberat burrah, ataupun seberat zarah sekalipun”. Hadis ini menyatakan bahawa selagi seseorang itu berada dalam keadaan yang dinyatakan dalam hadis tersebut, selagi itulah dia masih Islam dan bukan dari golongan kafir.

2. Berbeza dengan nasib bagi orang2 Islam di akhirat nanti, orang2 kafir pula akan kekal dalam neraka selama-lamanya berdasarkan kepada dalil2 berikut :
Al-Baqarah (2) : 257
Ali-Imran (3) : 116
Al-Maidah (5) : 37

3. Seterusnya, saudara juga mengemukakan satu lagi definasi tentang siapakah yang dimaksudkan sebagai orang kafir hasil dari kupasan saudara terhadap ayat 55 and 56 dari surah An-Nisaa (4) yang saudara takrifkan bahawa orang2 kafir adalah mereka yang mengingkari ayat2 Allah dan orang yang berpaling dari Rasulullah (yakni mereka yang tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW). Saudara menyatakan bahawa adalah salah bagi kita untuk menghukum orang yang mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW itu sebagai kafir, kerana orang yang bagaimana jahat sekalipun dirinya tetapi asalkan dia mengakui kerasulan Nabi, maka dia adalah dikira sebagai orang Islam yang akan dikeluarkan dari neraka akhirnya.

Wahai Syeikh Tuk Janggut Al-Hotmail yang Bijaksana. Sekarang dengarlah pula penjelasan dari saya yang mempunyai ilmu yang cetek ini…… Saya tak faham mengapa saudara kata saya tidak beriman dengan hadis Rasulullah dari Anas r.a. yang dikemukakan di atas itu. Siapa kata saya tidak mengakui dan beriman dengan hadis ini dan juga dengan dalil2 lain seperti yang dikemukakan di atas? Wa samiq’ na, wa a toq’na (aku dengar dan aku taat) – inilah pendirian saya yang tidak berbelah bagi terhadap dalil2 tersebut. Ini bukanlah isu yang menjadi pertikaian saya. Mana pernah saya ingkar kepada dalil2 tersebut? Jika saudara rasa saya telah mempertikaikannya, maka itu tidak lain tidak bukan hanyalah merupakan sangkaan saudara yang sama sekali tidak berasas akibat dari tersilap faham dan tafsir mesej saya yang sebenar disebabkan oleh kegopohan saudara menyerang saya.

Isu sebenar yang saya cuba kemukakan selama ini di FGR ialah : Tidak semestinya orang2 yang mengucap syahadah itu masih tetap berada di dalam Islam jika dia setakat melafazkan sahaja syahadahnya tetapi mempunyai keyakinan (iktiqad) yang selain dari syahadah yang diucapkannya itu. Saudara sendiri pun telah mengakui akan kebenaran pendirian yang saya ambil ini berdasarkan kepada kenyataan2 terbaru saudara yang telah saya salin di atas tadi mengenai hal2 yang boleh membatalkan syahadah seseorang di mana hukum kafir itu boleh disabitkan ke atasnya.

Saya kira saudara mestilah bersetuju dengan ketetapan syarak yang menetapkan bahawa apabila syahadah seseorang itu telah terbatal disebabkan oleh dosa syirik, maka dia pun termasuklah ke dalam golongan orang2 kafir yang akan dikekalkan di dalam neraka selama-lamanya. Dalam keadaan begini, dengan secara automatiknya hadis Rasulullah SAW dari Anas r.a. itu tidaklah lagi terpakai sehinggalah orang itu bertaubat dan kembali semula kepada Islam. Saya berpandangan bahawa kita boleh menilai sendiri kedudukan seseorang mengenai hal ini dari hasil percakapan dan perbuatan mereka yang akan menunjukkan samada mereka masih lagi berada dalam lingkungan syahadah mereka atau pun sudah terkeluar dari syahadah. Panduan bagi kita mengenali orang2 begini telah Allah terangkan dalam Al-Quran di merata-rata tempat dan diajar oleh Rasulullah melalui banyak hadis2 baginda untuk kita ambil pengajaran supaya kita akan tahu bagaimana untuk membentengi diri kita dari menturuti jejak2 mereka.

Maka untuk memperjelaskan pendirian saya yang telah menghukum orang2 Umno itu kafir dan bukan lagi termasuk sebagai orang2 Islam, saya akan mengemukakan hujah2 untuk membuktikan bahawa syahadah orang2 Umno telah terbatal disebabkan oleh perbuatan2 mereka yang bertentangan dengan pengakuan syahadah mereka. Tetapi sebelum kita berbincang mengenai kedudukan ahli2 Umno, kita perlu terlebih dulu menganalisa kedudukan Mahathir, selaku ketua dan pemimpin kepada puak2 Umno ini.

Saya yakin bahawa semua orang Melayu/Islam yang waras akal mereka, samada yang sudah akil baligh atau belum, tahu apakah pendirian Mahathir yang sebenar terhadap Islam. Kita semua sedia maklum bahawa Mahathir bukan hanya setakat telah mengeluarkan berbagai kenyataan2 yang menghina dan mempersoalkan tentang kebenaran hukum-hakam Allah dan sunnah Rasulullah yang wajib ditaati dan diimani oleh semua orang yang mengaku Islam, bahkan dia telah melakukan dosa besar ini dengan cara dan gaya yang memperolok-olokkan dan mempersenda-sendakannya. Selain ini, Mahathir juga telah mengeluarkan bermacam2 lagi kenyataan tentang Islam yang sesat lagi menyesatkan. Berjuta-juta orang telah dia sesatkan sampai buta, pekak dan bisu mereka dibuatnya terhadap kebenaran.

Saya rasa tidak perlulah bagi saya senaraikan secara terperinci apakah jenayah2 aqidah yang telah Mahathir lakukan selama ini kerana ini akan membuang masa saya saja. Tugas ini boleh kita serahkan saja pada para netters lain yang saya yakin akan berasa begitu berminat sekali menawarkan diri mereka membantu jika khidmat mereka diperlukan bagi tujuan ini. Saya percaya memori mereka berkenaan dengan perkara ini adalah masih kuat dan segar belaka, dan boleh dijadikan sebagai sumber rujuk untuk menyenaraikan segala kenyataan2 “sesat lagi menyesatkan” yang telah dikeluarkan oleh bapak Taghut ini. Pusinglah ikut mana pun, yang pasti ialah Mahathir adalah bapak kepada segala syaitan dan jembalang di Malaysia ini. Dan oleh kerana dia telah pun memenuhi syarat2 dari kedua-dua kenyataan saudara di atas tadi tentang perbuatan2 yang akan mengakibatkan seseorang itu disabitkan dengan hukum kafir ke atasnya, maka Mahathir layaklah dihukum sebagai kafir.

Bagi orang2 Umno pula, saya mendakwa bahawa mereka juga termasuk dalam golongan orang2 yang telah kafir dan terkeluar dari Islam. Saya akan membuktikan dakwaan dan pendirian saya mengenai ini dengan menggunakan kembali dalil2 yang sama seperti apa yang saudara telah gunakan dalam mempertahankan pendirian saudara, iaitu ayat-ayat 140, 55, dan 56 dari surah An-Nisaa (4).

[An-Nisaa (4) : 140]
“Dan sesungguhnya, Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat2 Allah diingkari dan diperolok-olokkan oleh mereka yang ingkar/kafir kepadanya, maka janganlah kamu duduk berserta mereka sehingga mereka kembali kepada perbicaraan lain, yakni bertaubat. Kerana sesungguhnya jika kamu masih berserta dengan mereka, tentulah kamu serupa sahaja dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang2 munafiq dan orang2 kafir di dalam Jahannam.”

Ayat ini sangat jelas dan tidak ada apa2 yang perlu dipertikaikan lagi. Tolong jangan putar belitkan kebenaran ini lagi. Bukankah kamu sudah bersetuju bahawa orang yang menentang hukum2 Allah dan mempersenda-sendakannya itu kafir hukumnya? Dan bukankah Mahathir telah seringkali melakukan perbuatan2 biadab ini dengan gayanya yang begitu angkuh dan sombong sekali? Kalau kamu masih mahu mempertahankan Mahathir lagi dan mengatakan yang dia tidak syirik dan kafir, maka saya syorkan apa yang kamu perlu buat sekarang ialah untuk membuktikan yang dia tak pernah mengeluarkan apa2 kata2 yang menghina Islam dalam seumur hidupnya. Saya rasa berpeluh ketiak dan celah kangkang kamu nak cuba buktikan ini kerana bilangan saksi2 yang telah melihat dan mendengar Mahathir melakukan dosa besar ini adalah terlalu ramai bilangan mereka! Macam mana kamu nak cuba sorok bangkai yang sudah busuk sangat baunya ini kerana terlalu ramai orang sudah pun menghidunya?

Kalau tak boleh cari bukti untuk melepaskan Mahathir dari kesalahan jenayah aqidah ini, saya minta saudara tolonglah jangan mengingkari ketetapan Allah yang mensabitkan hukum kafir dijatuhkan ke atas Mahathir. Jika kamu ingkari juga, kamu pun samalah jadi kafir seperti Mahathir kerana sengaja buat2 buta, pekak dan bisu terhadap kebenaran dan berani menolak ketetapan Allah. Jika inilah keadaan saudara, saya rasa lebih baik kamu cari saja agama lain, atau jadi sami kuil pun mungkin bagus juga.

Oleh itu, jika Mahathir sudah jadi kafir kerana memperolok-olokkan ayat2 Allah dan sunnah2 Rasul dan enggan bertaubat, bukankah pengikut2nya secara automatiknya akan disabitkan dengan ayat 140 dari surah An-Nisaaa ini? Untuk memastikan lagi hakikat ini, cuba fikir dan tanya pada diri sendiri tentang apakah bezanya perangai Mahathir sekarang dengan tindak-tanduk dan pendirian Abu Jahal dan Firaun yang menghina dan menentang ayat2 Allah dulu? Cuba fikir apakah agak2nya status aqidah bagi orang2 yang menyokong Abu Jahal dan Abu Lahab yang terang2 menentang dan menghina ayat2 Allah semasa zaman Rasulullah dulu? Dan apakah juga status aqidah bagi penyokong2 dasar pemerintahan Firaun yang menentang peringatan yang telah dibawa oleh Nabi Musa dulu? Bolehkah saudara cari apa2 perbezaan di antara penyokong Mahathir sekarang dengan penyokong Abu Jahal dan Firaun dulu dari segi keimanan mereka terhadap ayat2 Allah? Bagi saya tidak ada beza langsung kerana kesemua pihak2 yang terlibat dalam contoh2 yang saya kemukakan ini adalah sama saja dari segi tindakan mereka bersekongkol dengan pemimpin2 yang menentang ketetapan Allah. Oleh itu, adakah kamu fikir penyokong2 kepada pemimpin2 yang zalim ini akan mendapat belaian manja dari Allah di syurga nanti, atau pun mereka akan dihumbankan sahaja ke dalam neraka yang bergelojak dengan api itu? Bukankah kedudukan kesemua penyokong Taghut ini sama saja di sisi Allah, dan bukankah mereka sedang menempah tempat yang percuma dalam neraka Jahannam nanti?

Keadaan yang saya gambarkan di atas tadi adalah bagi pengikut2 Mahathir yang dari golongan 2nd class & 3rd class. Bagi pengikutnya yang 1st class macam ulamak bisu yang berpaut dikelilingnya pula, layanan Allah ke atas mereka pada hari akhirat nanti adalah lebih istimewa. Rujuk kepada surah Al-Baqarah (2) : 174 – 175 mengenai janji Allah terhadap orang2 elite ini :

“Sesungguhnya, orang2 yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka itu sebenarnya tidak memakan apa2 ke dalam perut mereka kecuali api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari Kiamat nanti. Mereka juga tidak akan disucikan (yakni dilepaskan) dari azab ini. Bagi mereka siksa yang amat pedih. Kerana mereka itulah merupakan orang2 yang telah membeli kesesatan dengan petunjuk, dan membeli siksaan dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!”

Sebagai rumusannya di sini, oleh kerana Mahathir ini sudah “confirm” kafir disebabkan oleh tindak-tanduknya yang telah menghina hukum-hakam Allah dan mempersenda-sendakan sunnah Rasulullah SAW, maka pengikut2nya yang masih turut berserta dengannya adalah sama2 kafir juga sebagaimana yang Allah telah tetapkan kedudukan mereka dalam ayat 140 Surah An-Nisaa. Ini adalah kerana mereka telah dengan sukarela menyokong dan berserta dengan pemimpin yang telah memperolok-olokkan ayat2 Allah. Selagi mereka tidak berlepas diri meninggalkan Mahathir dan kembali bertaubat, maka Allah telah menjanjikan neraka Jahannam sebagai tempat kembali mereka untuk selama-lamanya, bersesuaian dengan dalil2 yang saudara kemukakan dari Al-Baqarah (2) : 257, Ali-Imran (3) : 116, Al-Maidah (5) : 37.

Sekarang mari kita lihat pula dalil yang seterusnya iaitu dari surah An-Nisaa (4) : 55-56.
“Maka di antara mereka (yakni orang2 yang dengki itu), masih ada orang yang beriman dengannya (yakni Kitab Allah). Dan di antara mereka juga ada orang2 yang menghalangi manusia dari beriman kepada Kitab Allah. Dan cukuplah bagi mereka itu neraka Jahannam yang menyala-nyala apinya. Sesungguhnya orang2 yang kafir kepada ayat2 Kami akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami akan ganti kulit mereka dengan kulit yang lain supaya mereka akan merasakan azab ini (secara berkekalan). Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Dalam usaha kamu yang cuba mempertahankan kesesatan puak2 Taghut ini, kamu menyatakan bahawa ancaman Allah ini hanya ditujukan kepada orang2 yang berpaling dari Rasulullah yang bukan dari kalangan orang2 Islam kerana orang2 Islam semuanya mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kamu mengandaikan di sini bahawa semua orang Melayu yang mengaku beragama Islam yang melafazkan kalimah syahadah, termasuk juga dari kalangan ahli2 Umno, adalah masih dalam Islam dan akan selama-lamanya berada dalam Islam. Seolah-olahnya mereka akan sentiasa berada dalam keadaan kebal dari dosa syirik. Oleh sebab ini, saudara menyatakan bahawa mereka tidak sepatutnya disabitkan dengan ayat Allah yang telah saya kemukakan di atas.

Jawapan saya untuk menjawab pendirian saudara di sini adalah mudah. Baca kembali ayat 140 dari Surah An-Nisaa di atas tadi jika masih tak faham.

Selanjutnya, mari kita bersama-sama perbetulkan definasi tentang apa yang dimaksudkan dengan “Orang2 Kafir” mengikut apa yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat dari surah An-Nisaa (4) : 55-56 tersebut. Secara ringkas, mereka adalah orang2 yang menentang Allah dan RasulNya dalam apa bentuk sekalipun, dan menghalang manusia lain dari beriman dan mengikut perintah2 Allah dan RasulNya. Adakah kamu sangat yakin bahawa hanya dengan mengucap syahadah maka seseorang itu sudah pasti tidak akan menentang Allah dan Rasul, dan tidak akan menghalangi orang lain dari mengikuti perintah2 Allah dan RasulNya? Saya naik bingung betul bila saudara katakan bahawa orang2 yang berperangai cakap tak serupa bikin begini adalah masih dari golongan yang tidak berpaling dari Rasulullah. Bagaimana saudara boleh lepaskan mereka dari disabitkan kepada ancaman keras Allah dalam ayat ini tidak dapat saya terima dengan akal yang sihat. Ia benar2 memeningkan kepala saya.

Kalau betul orang2 yang mengucap syahadah ini tidak menentang Allah dan Rasul, maka suruhlah mereka buktikan ini dengan perbuatan2 mereka sekarang! Mari kita ajak mereka sama2 daulatkan Al-Quran dan As-Sunnah/Hadis dan humbankan sahaja budaya jahiliyyah yang menjadi amalan mereka sejak 43 tahun lepas itu ke dalam lubang jamban. Jangan berdolak-dalih lagi. Jangan bertapi-tapi lagi. Dan jangan bagi banyak alasan lagi. Mari kita sama2 berusaha untuk melakukan tuntutan agama ini sekarang. Kalau mereka tak sanggup, habis macam mana lagi yang kita nak kata bahawa mereka ini dari golongan yang taat kepada Allah dan RasulNya?

Saya bukan suruh mereka tegakkan negara yang akan mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar agung sistem perundangan, pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan dengan serta merta. Saya akur bahawa ini akan mengambil masa. Tetapi marilah kita mengisytiharkan secara terbuka tentang kemahuan kita untuk melaksanakan tuntutan ini melalui penetapan satu jangkamasa tetap, umpamanya menjelang 2010 contohnya, untuk negara mencapai sasaran ini. Kalau kita boleh kata kita mahu jadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020 dan hiruk pikuk terlolong-lolong bagi tahu satu dunia tentang dasar dan matlamat ini, kenapa kita tidak boleh melakukan tindakan yang serupa untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang akan melaksanakan hukum-hukum syariah sepenunhya pula?

Jika langkah ini di ambil, saya pasti seluruh jentera kerajaan akan dapat digerakkan untuk mencapai sasaran ini dan saya juga pasti semua rakyat akan dapat menerima ini dengan baik. Takkan dalam masa 10 tahun dari sekarang kita tidak boleh didik dan persiapkan rakyat untuk bersedia menerima hukum-hakam Allah dengan sepenuhnya? Kalau kita lakukan rancangan ini dengan betul, saya pasti sasaran ini akan dapat dicapai dalam tempoh yang kurang dari 10 tahun kerana pasti Allah akan membantu usaha kita yang suci dan murni ini. Sekarang, cuba kamu bagi alasan kenapa kita penyokong2 Umno tidak mahu fikirkan dan laksanakan dasar ini?

Jawapannya ialah kerana mereka tidak lain dan tidak bukan sudah mengambil syaitan dan Taghut sebagai wali mereka. Dada2 mereka semua sudah disebatikan dengan fahaman syirik yang tidak mahu tunduk patuh lagi kepada Allah dan Rasul. Sebab itulah mereka sentiasa dalam keadaan yang mabuk begini hingga tak tahu membezakan apa yang hak dan apa yang batil. Bagaimana saudara masih mahu mempertahankan mereka lagi dengan menyatakan yang mereka kononnya masih taat dan tidak berpaling dari Rasulullah?

Oleh kerana mereka berpaling dari Allah dan Rasulullah-lah, maka sebab inilah negara kita menjadi semakin pesat bergerak menuju ke ambang kehancuran aqidah secara total. Inilah yang sedang berlaku dalam tempoh 43 tahun telah sejak kita merdeka. Bukannya nak jadi lebih selamat. Sebaliknya semakin hancur jadinya pula. Dan kalau mereka terus berpendirian begini, sampai kiamat pun negara kita tidak akan mendaulatkan syariat Allah sepenuhnya. Maka jadilah kita ini orang Melayu yang mengaku Islam tetapi sebenarnya kita adalah merupakan kaum yang sesat sesesat-sesatnya kerana sentiasa bergelumang dengan segala jenis kemaksiatan dan kemungkaran di sekeliling kita yang kita begitu dayus sekali tidak berupaya menghalangnya. Bangang punya orang!! Jangan nak tipu Allah lagi lah….Esok mampus dan apabila dipanggil menghadap Allah barulah kamu semua tahu nasib kamu.

Bukanlah menjadi niat saya untuk melabelkan penyokong2 Umno itu kafir dengan sesuka hati saya. Saya tahu padahnya bila kita tuduh seorang Muslim lain itu kafir. Tapi padah ini hanyalah benar jika yang dituduh kafir itu adalah dari kalangan orang yang benar2 Islam agama mereka. Masalahnya di sini ialah saya tak fikir orang Islam sepatutnya mempunyai perangai dan jenis aqidah yang sama seperti apa sedang dianuti oleh pengikut2 Mahathir. Setahu saya, orang Islam hanya akan tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya sahaja tanpa banyak soal. Orang Islam akan juga berhati-hati dalam memelihara Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah mereka supaya aqidah mereka tidak akan dicemari dengan pergantungan terhadap apa2 kepercayaan lain. Dan orang Islam akan berjihad bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan kalimah Allah ditempatnya yang tinggi melebihi segala-gala yang lain. Sebaliknya, jika seseorang itu tidak menepati syarat asas yang menghendakinya supaya menyerah diri dan tunduk patuh hanya kepada Allah sahaja, maka saya kira dia bukanlah dari kalangan orang Islam yang perlu saya jaga hatinya.

(bersambung)